Dashboard | +Follow
WELCOME TO MY BEAUTY WORLD :)
I'm Humble :)
.. setiap insan pasti merasa saat terakhir ..
Wednesday, March 2, 2011 • 11:00 PM • 0 comments

UNTUK RENUNGAN BERSAMA………………   
ini adalah tanda pertama dari Allah SWT   kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka yang   dikehendakinya. Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan   berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut   sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan   mengigil. Contohnya seperti daging lembu yang baru saja disembelih dimana   jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging   tersebut seakan-akan bergetar. Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka   yang sedar dan berdetik dihati bahawa mungkin ini adalah tanda   mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar   akan kehadiran tanda ini. Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran   atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal   kematian, tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang   munafaat.   Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang   terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri   dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah   mati.

TANDA 40 HARI
 
Tanda ini juga akan berlaku sesudah
waktu Asar. Bahagian pusat kita
akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini
daun yang tertulis nama kita
akan gugur dari pokok yang letaknya di
atas Arash Allah SWT.
Maka Malaikat Maut akan mengambil daun
tersebut dan mula membuat
persediaannya ke atas kita, antaranya
ialah ia akan mula mengikuti
kita sepanjang masa. Akan terjadi
Malaikat Maut ini akan
memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan
jika ini terjadi, mereka
yang terpilih ini akan merasakan
seakan-akan bingung seketika.
Adapun Malaikat Maut ini wujudnya cuma
seorang tetapi kuasanya untuk
mencabut nyawa adalah bersamaan dengan
jumlah nyawa yang akan
dicabutnya. 






TANDA 7 HARI 
Adapun tanda ini akan diberikan hanya
kepada mereka yang diuji dengan
musibah kesakitan di mana orang sakit
yang tidak makan secara
tiba-tiba ianya berselera untuk makan. 


TANDA 3 HARI 

Pada ketika ini akan terasa denyutan di
bahagian tengah dahi kita
iaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika
tanda ini dapat dikesan maka
berpuasalah kita selepas itu supaya
perut kita tidak mengandungi
banyak najis dan ini akan memudahkan
urusan orang yang akan
memandikan kita nanti.

Ketika ini juga mata hitam kita tidak
akan bersinar lagi dan bagi
orang yang sakit hidungnya akan
perlahan-lahan jatuh dan ini dapat
dikesan jika kita melihatnya dari
bahagian sisi. Telinganya akan layu
dimana bahagian hujungnya akan
beransur-ansur masuk ke dalam.
Telapak kakinya yang terlunjur akan
perlahan-lahan jatuh ke depan dan
sukar ditegakkan. 


TANDA 1 HARI 
Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana
kita akan merasakan satu
denyutan di sebelah belakang iaitu di
kawasan ubun-ubun di mana ini
menandakan kita tidak akan sempat untuk
menemui waktu Asar keesokan
harinya. 

TANDA AKHIR 

Akan berlaku keadaan di mana kita akan
merasakan satu keadaan sejuk
di bahagian pusat dan ianya akan turun
ke pinggang dan seterusnya
akan naik ke bahagian halkum.
Ketika ini hendaklah kita terus mengucap
kalimah syahadah dan berdiam
diri dan menantikan kedatangan
malaikatmaut untuk menjemput kita
kembali kepada Allah SWT yang telah
menghidupkan kita dan sekarang
akan mematikan pula.

Sesungguhnya mengingati mati itu adalah
bijak
forward this buletin....may ALLAH SWT
bless you.
Saling berpesan2lah sesama kita..... 


ALLAHUAKBAR. 
 

xoxo, The Shining Star



♥ Damia Dafira ♥

NurHidayati bt Ibrahim 21 years old | Lives in Kota Bharu | Kelantanese | Uitm's Student | Purple | Natural | Independent | Be matured | Look foward | Gilagila in a bit | Mama's daughter | Leave if you #HATE .



« HOME
« Knowing Me :)
« See Them . Just Click !
« Anything Here

♥ Jom Sembang ! ♥


[!] Shoutbox Here :) [!]


♥ Entries ♥



♥ Them ♥